Vitamin Sintetik vs Vitamin Natural-Mana Satu Pilihan Hati?
Vitamin Sintetik vs Vitamin Natural-Mana Satu Pilihan Hati?
“Alah, vitamin mana2 pun sama aje. Mahal ke, murah ke, yang free lagi baik!”
“Vitamin sintetik ke, semulajadi ke, sama je jenis vitaminnya..”
“Yang vitamin semulajadi tu sama je buatannnya dengan vitamin biasa”
“Makan je vitamin apa2..”
“Kalau vitamin sintetik tu tak bagus, mesti lah diorang tak jual”
Tak bagus maka tak jual?
Saya nak tanya, rokok tu bagus ke? Kenapa merata2 kedai jual rokok?
Ramai
antara kita masih tidak sedar akan kepentingan vitamin semulajadi dan
bahaya vitamin sintetik, mungkin sebab kita tak tahu pun vitamin tu ada
yang sintetik, ada yang semulajadi.(saya dulu pun mcm tu juga ^_^)
Macamana nak faham perbezaannya?
Sebelum tu, vitamin ni boleh dibahagikan kepada 3 kategori: sintetik, organik & semulajadi.
Analoginya seperti di bawah:
(1) Vitamin Sintetik umpama buah plastik
(2) Vitamin Organik umpama jus buah dalam pek
(3) Vitamin Semulajadi umpama buah sebenar
Nampak
kan bezanya? Vitamin sintetik umpama buah plastik, sama rupanya macam
buah sebenar, dan namanya pun ikut buah sebenar tu. Kalau rupa macam
epal, kita akan panggil epal bukan limau.
Vitamin
organik pula sama macam jus komersial, dibuat dari buah sebenar, tapi
menjalani pelbagai proses dan akhirnya banyak nilai buah sebenar yang
telah hilang.
Pernah tak terfikir yang jus buah yang berlainan jenama punyai rasa berbeza juga? Anda yakin ke itu memang 100% jus asli?
Jadi,
pilihlah vitamin anda dengan bijak. Ingat, buah plastik lebih murah
daripada buah sebenar, dan mungkin kita boleh dapat free. Tergamak ke
nak makan buah plastik?
JOM kita cek satu persatu vitamin/supplemen yg kita ambil jenis natural atau sintetik.
Terdapat 5 perbezaan Vitamin NATURAL vs SINTETIK:
Penghasilan
Vitamin
natural dihasilkan daripada ekstrak bahan2 semulajadi dengan mengambil
intipati yang diperlukan dan menyingkirkan fiber. Contohnya pembuatan
vitamin C natural diperolehi dari mengambil pati asid askorbik dalam
buah limau dan menyingkirkan serat2nya.
Vitamin
sintetik dihasilkan dari manipulasi bahan kimia yang mempunyai ciri2
seakan-akan bahan yang terdapat dalam vitamin. COntohnya asid askorbik
(vitamin C) mempunyai formula empirik C6H8O6, jadi gabungan dari
molekul2 karbon, hidrogen dan oksigen ini boleh dihasilkan dari apa2
bahan bagi menghasilkan asid askorbik.
Keserasian dengan badan
Vitamin
natural dihasilkan dari bahan2 makanan kita, jadi ia bertindak dengan
lebih baik dan semulajadi dengan tubuh. Ia tidak mendatangkan kesan
sampingan, dan memberi kesan yang lebih baik.
Vitamin
sintetik, walaupun formulanya sama, ia tetap tidak sama dengan vitamin
natural, apa lagi dengan makanan asli. Ini kerana penghasilannya pun
bukan dari sumber makanan. Jangan terkejut kalau saya katakan tar yang
digunakan untuk menurap jalan raya adalah salah satu bahan untuk
menghasilkan vitamin B complex pada vitamin sintetik.
Vitamin sintetik memberi kesan, sama ada jangka pendek atau jangka panjang.
Harga
Vitamin natural tentunya lebih mahal kerana penghasilannya dari bahan2 semulajadi memerlukan kos bahan yang lebih tinggi.
Vitamin sintetik biasanya lebih murah dan adakalanya diberi percuma saja.
Kesan kepada tubuh badan
Vitamin
natural mengambil intipati dari bahan2 semulajadi, jadi ia tidak
meninggalkan bahan2 yang perlu, walaupun bukan bahan utama dalam vitamin
tersebut. Contohnya kalsium memerlukan magnesium vitamin D untuk
menjadikan penyerapannya lebih optimum. Kalsium yang tidak diserap
dengan sempurna akan disimpan dlam ginjal dan boleh menyebabkan batu
karang atau batu buah pinggang.
Vitamin
sintetik, oleh kerana pembuatannya adalah untuk menghasilkan sejenis
bahan tertentu, makan kebanyakan vitamin sintetik datang dalam bentuk
‘solo’, misalnya kalsium tanpa magnesium dan vitamin D, jadi kita kena
amik magnesium dan vitamin D dari sumber lain. Begitu juga dengan
vitamin2 lain, yang memerlukan ‘kawan’ untuk bertindakbalas dengan
sempurna, tapi tidak ada dalam vitamin sintetik.
Kesan jangka panjang
Vitamin
natural tidak mendatangkan kesan sampingan kerana penghasilan dari
bahan2 seperti yang dinyatakan di atas (bahan semulajadi).
Vitamin
sintetik mempunyai banyak kesan jangka panjang, salah satunya akibat
ketidakstabilan bahan2 yang terkandung dalam vitamin sintetik itu
sendiri, dan manipulasi kimia yang dilakukan dalam proses
penghasilannya.
Pendek
kata, perbandingan antara vitamin natural dengan vitamin sintetik
adalah umpama bunga hidup dengan bunga plastik. Bunga plastik itu memang
lebih mudah, murah, dan tahan lama. Tapi keunggulan bunga hidup tidak
dapat ditandingi, walau macamana ‘nampak asli’ bunga plastik tersebut.
Perbandingan
yang lain ialah objek sebenar dengan imej dalam cermin. Walaupun
kelihatan sama, tp imej dalam cermin tetap bukan objek sebenar.
“Pilihan
di tangan anda untuk memberi yang terbaik kepada diri dan keluarga
tersayang. Amalkan Supplemen dengan ILMU. Bukan kerana Trend atau Jenama
semata2”
* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat,menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.